Mulakan dengan niat yang betul

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari dulu lagi nak belajar bahasa Arab ni tapi tak pernah ada disiplin, semangat membara-bara dan perasaan membuak-buak nak sunguh-sungguh belajar macam masa belajar di universiti dulu.

Almaklum..apabila umur sudah meningkat, sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga maka belajar bahasa dan menguasainya adalah seperti sesuatu yang mustahil sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk menghafal tatabahasa (grammar), perkataan-perkataan baru (vocabulary) dan macam-macam lagi.

TAPI…

di mana menariknya bila kita dapat menguasai bahasa Arab?

  • Boleh faham Al-Qur’an tanpa baca terjemahan – dah jimat masa di situ ^^
  • Boleh faham bacaan dalam solat (bagus untuk lebih khusyuk dlm solat…iye lah…syaitan kat sebelah tu dok tunggu je peluang untuk fikiran kite melayang) dan bila kita faham apa yang Allah cuba sampaikan pada kita, boleh menangis dan rasa insaf sangat-sangat..
  • Boleh praktis cakap dengan orang Arab kalau pegi umrah or Haji ataupun sekarang ramai orang Arab suka melawat Malaysia, boleh lah jawab bila ada yang sesat tanya jalan ke..hehe
  • Kalau dah fasih…bolehlah baca kitab2 bahasa Arab yang masyhur
  • Boleh ajar orang lain supaya lebih kuat memori kita dalam menguasai bahasa Arab dan ini adalah saham akhirat. Sesuatu yang kita tak nampak tapi bila kita dah tiada di dunia ini..kita akan terus kutip keuntungannya. Insha Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:

sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Tak dinafikan… ada sekelumit rasa rugi..”Kenapalah aku tak belajar bahasa Arab dulu? Kenapa ibu bapa aku tak hantar aku pergi sekolah belajar bahasa Arab?”

Dengan teknologi yang canggih zaman ni…semua maklumat di hujung jari dan banyak sangat video yang kita boleh gunakan untuk belajar bahasa Arab dengan percuma, kenapa masih rasa malas dan masih tak mahu ambil peluang?

Di sini pentingnya kita pasang NIAT yang betul, semak semula NIAT kenapa kita nak belajar bahasa Arab ini sambil berdoa dan minta padaNya supaya kita sentiasa tekun dalam usaha untuk mendekatiNya.

Dalam awal Mac 2015, saya ada ambil kursus pendek Psychology from Islamic Perspective dari Islamic Online University. Seorang ustaz bernama Bilal Philips dalam kursus Aqeedah 1 berkata – Berniatlah dengan nama Allah apabila belajar sesuatu untuk mendapatkan Taufik dan HidayahNya bukan dengan niat lain dan sentiasa berdoa supaya Allah beri kita kekuatan supaya tekun dalam usaha kita.

Insha Allah. Allah tak akan sia-sia kan usaha hambaNya apabila dia berniat untuk mendekatkan diri pada Allah.

وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ:وَمَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, sesungguhnya Rasulullah (SAW) bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (H.R Muslim)

Advertisements