Belajar Bahasa Arab semakin popular di bahagian barat China

pelajar China

LANZHOU, Nov. 13 (Xinhua)

Berita dari Shanghaidaily mengatakan bahawa anak-anak muda dari China semakin berminat untuk mempelajari Bahasa Arab setelah inisiatif dari program ‘Belt and Road’ telah mula menghasilkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

Di bahagian Linxia Hui yang kebanyakannya tergolong daripada penganut agama Islam, daerah Gansu mempunyai ratusan pelajar yang sedang mempelajari Bahasa Arab, lebih ramai berbanding tahun lepas.

Di Sekolah Teknik dan Vokasional Linxia ada menyediakan kursus belajar Bahasa Arab selama tiga tahun sama seperti di sekolah menengah tinggi. Penolong Pengetua sekolah tersebut; Xiang Jianping memberitahu bahawa pemuda di sini telah menyedari peluang ekonomi baru dan juga lebih banyak peluang dari sektor pelancongan ke Timur Tengah.

Xiang telah mendaftarkan 200 pelajar pada tahun ini untuk mempelajari bahasa Arab, hampir empat kali ganda bilangan pelajar dua tahun yang lalu. Pada musim panas ini, seramai 50 orang pelajar telah menamatkan pelajaran mereka. Di Linxia, lebih dari 2,000 pelajar sedang mempelajari bahasa Arab di empat sekolah vokasional.

calligraphy bahasa Arab
Dua puluh pelajar yang telah menamatkan bidang tersebut sedang melanjutkan pelajaran mereka di Pakistan dan Mesir. Selain daripada itu, ada di antara mereka bekerja sebagai penterjemah bahasa Arab untuk pejabat-pejabat yang beroperasi di UAE dan Arab Saudi, menurut Xiang, dan kebanyakan pekerjaan mempunyai kadar gaji yang baik.

Peluang pekerjaan seperti itu telah menarik ramai pelajar dari daerah-daerah lain juga.

Persekitaran pembelajaran bahasa Arab juga adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain, dengan tenaga pengajar yang lebih baik, kata Tian Jianhui, 20, dari daerah selatan China, Guangdong.

Para pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh, tetapi tatabahasa bahasa Arab asas boleh dikuasai dalam beberapa bulan. Mereka suka mempelajarai bahasa Arab, kata Hassan Mustafa yang berasal dari Mesir, 30, seorang guru dari salah sebuah sekolah vokasional terbabit.

Tahun lepas, beberapa syarikat dari China yang mempunyai perniagaan di negara-negara Arab yang bernilai 255 billion dolar Amerika, dan Ma Yongming, Timbalan Ketua Pendidikan Linxia berkata bahawa mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Arab dan Cina adalah sangat-sangat diperlukan.

Komen penulis:

Berita seperti ini bukan saja telah memotivasikan saya untuk lebih mendalami bahasa Arab malah saya rasa kagum kerana bahasa Cina juga adalah antara salah satu bahasa yang sangat sukar untuk dikuasai.

Apabila mereka; orang-orang Cina, yang sukar untuk menyebut perkataan-perkataan yang mengandungi huruf ‘r’, huruf ‘l’ dan sebagainya mampu untuk mempelajari bahasa Arab, apalagi lah kita bangsa Melayu yang mempunyai lidah yang lembut yang begitu mudah mempelajari bahasa lain. Ayuh semua! Mari kita belajar bahasa Al Quran, bahasa Syurga – bahasa Arab.

Advertisements