Pembakar Semangat

Setiap manusia ada sifat mazmumah masing-masing. Manusia tidak sempurna. Hanya Allah yang Maha Sempurna Kemulian-Nya المجيد.

Adakalanya kita rasa sungguh bersemangat untuk memulakan sesuatu, tetapi apabila kita rasa susah untuk meneruskannya kita akan hilang semangat. Lebih-lebih lagi apabila kita melakukannya seorang diri.

Contohnya seperti seorang pelajar yang sedang belajar bahasa Arab melalui kelas di alam maya dari Youtube-LQ Toronto atau Islamic Online University – kursus intensif bahasa Arab. Lebih banyak waktu perlu dilalui bersendirian dan ini akan mengundang banyak gangguan seperti hilang fokus atau tumpuan, hilang minat, hilang semangat dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana untuk mengelakkannya?

Sejujurnya saya juga mengalami keadaan turun naik ini banyak kali kerana saya hanyalah hamba Allah yang lemah.

Cara-caranya:

  1. Berdoa kepada Allah.
    اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.” (Hisnul Muslim)doa belajar
  2. Pastikan ada jadual setiap hari dan istiqomah untuk mengikut jadual itu serta tanda apabila sudah selesai setiap bahagian pembelajaran
  3. Pecahkan masa belajar kepada beberapa bahagian kalau susah untuk fokus
  4. Pecahkan pelajaran yang susah untuk dikuasai kepada beberapa bahagian kecil supaya rasa tidak terlalu terbeban
  5. Cari role model – bagi saya, Ustaz Muhammad Abdullah. Beliau adalah penceramah untuk Pesona D’Zahra di Radio IKIM. Apabila setiap kali beliau membaca potongan ayat Al-Qur’an dengan terjemahan kerana beliau sudah fasih dalam bahasa Arab, saya rasa sungguh bersemangat dan tidak sabar untuk menamatkan pembelajaran saya secepat mungkin supaya suatu hari nanti saya juga dapat memahami Al-Qur’an seperti beliau. Bi iznillah.
  6. Tonton program yang membakar semangat seperti Guided by the Qur’an oleh Sheikh Fahad Al-Kandari tentang mualaf dan bagaimana sesetengah mereka telah mempelajari bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an dan Islam dengan lebih baik. Antara episod kegemaran saya adalah:

 

 

 

Ok…mari sambung belajar! ^__^

Cara Saya Disiplinkan Diri

Hmmm…disiplin.

Satu perkataan yang tak semua orang mahu dengar, ikut atau tekun menghadapinya.

Masa kecil-kecil dulu kalau dengar cikgu disiplin nak datang tengok kelas je, mesti takut sangat. Tapi bila dah besar ni..perkataan disiplin ni sayup-sayup je dengar.

Sebenarnya, penghalang tegar untuk disiplinkan diri adalah diri kita sendiri. Kalau mahu 1000 daya kalau tak mahu 1000 dalih. Betul tak?

OK..bagaimana cara saya disiplinkan diri?

Pertama, saya cuba bahagikan masa saya. Bila saya bahagikan masa saya, baru saya dapat tahu dan nampak jelas bahagian apa saya boleh perbaiki.

Dalam satu hari ada 24 jam:

  • Tidur – 6 jam
  • Kerja – 9 jam
  • Solat dan Al-Quran – 1 jam 30 minit
  • Makan, mandi, masak dan lain-lain – 2 jam
  • Bahasa Arab – 1 jam
  • Bahasa Sepanyol – 1 jam
  • Membaca buku – 1 jam
  • Bersenam – 30 minit

Jumlah keseluruhan – 22 jam
Ada baki 2 jam  untuk muhasabah, perancangan hari esok, menonton berita, bertanya khabar keluarga dan lain-lain.

Oh ya…saya hampir tidak menonton TV sebab tiada keperluan. ^_^ Cuma kadang-kadang saja tengok berita di TV3 dalam 30 minit.

Jadual di atas adalah untuk hari bekerja.

Apabila hujung minggu…saya ambil satu hari untuk bersantai bersama keluarga. Lagi satu hari saya akan buat blog ini dan ulangkaji serta persediaan bahasa Arab dan Sepanyol yang saya sedang pelajari.

Dengan jadual di atas saja, saya rasa saya memang tak mampu untuk disiplinkan diri saya.

Memandangkan teknologi terkini sangat canggih dan hampir semua orang menggunakan telefon pintar, maka saya telah dapat mencari satu aplikasi yang boleh mendisiplinkan saya.

Ada beberapa aplikasi yang bagus tetapi saya cuma mahu yang asas saja. Aplikasi yang saya gunakan adalah – Goal Tracker & Habit List.

goal tracker

Bila saya sudah selesai buat sesuatu, saya akan tandakan dengan tanda ‘Ya’. Sebenarnya, dengan aplikasi ini saya boleh memotivasikan diri saya untuk melakukan sesuatu perkara sekurang-kurangnya 40 kali berturut-turut agar dia akan jadi satu ‘habit’. Insha Allah.

Cubalah! ^_^