Bahasa Arab Sekolah Rendah di Malaysia

Pada penghujung tahun 2015, saya berkesempatan menemani anak saudara saya untuk mengambil buku teks sekolahnya bagi penggal persekolahan tahun 2016. Ibu-bapanya bekerja dan saya telah secara sukarela membantu mereka untuk menguruskan pengambilan buku teks terbabit kerana saya suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah.

Sudah lama saya tidak masuk ke sekolah. Lebih dari dua puluh lima tahun rasanya. Apabila mendengar hiruk pikuk murid-murid sekolah rendah berlari-lari di dalam kelas mereka, secara tak langsung membawa saya ke zaman persekolahan semasa saya kecil. Rindu!

Buku teks diberikan secara percuma di sekolah rendah di Malaysia tetapi apabila penggal persekolahan pada tahun tersebut tamat, murid-murid perlu memulangkannya semula. Ini adalah untuk diguna pakai semula bagi murid-murid tahun seterusnya. Jika ada buku yang rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi, pihak sekolah akan melakukan inventori dan perlu memesan stok baru.

Sebenarnya, saya amat berminat untuk mengetahui rupa dan silibus buku teks bahasa Arab Tahun 2 yang anak saudara saya akan gunakan untuk tahun 2016. Pada mulanya saya ingin melihat buku Tahun 1 tetapi ibunya telah memulangkan semua buku teks ke pihak sekolah maka tak dapatlah saya nak melihat secara teliti.

buku bahasa arab tahun 2kssr

buku bahasa arab tahun 2 kssr

Ini adalah beberapa keping gambar yang dapat saya ambil dari buku bahasa Arab Tahun 2, sekolah rendah Malaysia.

Dari hemat saya, apabila bahasa Arab telah diterapkan dalam silibus pendidikan sekolah rendah, ia akan memberi kesan yang baik dan juga buruk kepada ramai pihak.

Mari kita lihat kesan baik dahulu.

Untuk mereka yang beragama Islam, ibu bapa atau keluarga yang menitik beratkan pendidikan Al Quran sebelum kemasukan anak-anak mereka ke sekolah rendah, secara tidak langsung anak-anak mereka ada kelebihan kerana sudah boleh terus membaca tulisan jawi.

Huruf Hijaiyah apabila sudah dikuasai penggunaannya adalah salah satu batu loncatan untuk kanak-kanak tersebut. Sekurang-kurangnya kalau dalam peringkat bacaan Al-Quran, kanak-kanak tersebut seelok-eloknya telah khatam kitab Mukaddam dengan bacaan yang lancar sebelum masuk ke Tahun 1!

Apabila kanak-kanak ini telah ada asas tersebut dan keluarga atau ibu-bapanya juga mengambil inisiatif untuk membantu mereka, ini tidak akan menjadi masalah. Malah mereka dapat menerapkan pelajaran bahasa Arab ini dalam pemahaman Al Quran.

Mari kita lihat kesan buruk pula. 

Ibu kepada anak saudara saya pernah mengeluh, anaknya masih belum lancar membaca Mukaddam, malah masih belum lancar membaca tulisan rumi, kini telah disogokkan dengan silibus bahasa Arab di sekolah. Terlalu banyak yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang berumur 8 tahun! Hujung tahun tengok-tengok markah bahasa Arab – sifar, telur!

Dia perhatikan anaknya semakin lama semakin kurang minat untuk belajar bahasa Arab kerana sebab utama: Dia tidak faham apa yang diajar oleh gurunya.

Guru tidak akan dapat membantu semua murid di dalam kelas yang kadang kala hampir 40 orang dalam satu-satu kelas! Guru juga tidak dapat menunggu hingga kesemua murid faham dan baru meneruskan bahagian seterusnya. Guru juga ada jadual yang perlu dikejar kerana semuanya ada target KPI!

Jadi disini, apakah sebenarnya objektif yang ingin dicapai oleh kerajaan Malaysia atau Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menambah silibus bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan di sekolah rendah?

Ya, belajar bahasa ketiga sangat baik tetapi kalau bahasa Inggeris pun masih belum dapat dikuasai oleh murid tersebut, penambahan bahasa ketiga hanya akan menambahkan beban kepada tahap pemahaman, penguasaan dan juga keyakinan mereka dalam menuntut ilmu.

Belajar menjadi sesuatu yang membosankan bukan menyeronokkan dan membakar sifat ingin tahu mereka. 

Kanak-kanak bukan saja semakin ‘stress’ tetapi mereka telah ‘dipaksa’ untuk belajar sesuatu yang mereka tidak perlu sebagai ‘bahan ujikaji’ sistem pendidikan supaya dasar baharu boleh digubal bagi generasi akan datang.

Sesungguhnya, kejayaan pembelajaran bagi kanak-kanak bagi pendapat saya bukan dilihat melalui bilangan ‘A’ yang mereka dapat dalam peperiksaan.

Renung-renungkanlah.

Artikel tambahan:

  1. Kecelaruan arah tuju sistem pendidikan negara
  2. Perbaiki sistem pendidikan pra sekolah perlu jadi matlamat utama
  3. Memilih sekolah rendah untuk pendidikan anak
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s